''Dalam Islam sendiri tidak digalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih''.
-Diana Amir-
Hai Assalamualaikum Hello
Tengok tak quote kat atas tu.Entah kenapa aku rasa interesting sangat :))
Kalau kita cuma bercinta memang tak payah rasanya nak heboh kat orang.Lagi pulak baru 2-3 bulan kenal terus tulis kat stats i love soo much..bila gaduh cakap i hate you.Lagi parah bila clash cakap go away from my life.Haa mula lah nak keluar bahasa2 kesat tu..Astaga..mungkin tak elok bagitau orang sebab kita belum tau lagi adakah dia benar-benar jodoh kita.Kan?Kan kita hanya merancang,Allah yang menentukan :)
Tapi terpulanglah.semua orang ada pendapat masing-masing.Kang cakap ada pulak yg marah,yg terasa,so aku cakap ni untuk mewakili diri aku jugak yg kadang-kadang terlepas bercerita kat orang lain.Rasanya tak perlu kot.Tapi kadang-kadang mengada je.haha..Jangan cakap aku tak buat,aku buatlah tu pasal nak post entry ni moga-moga aku tak buat lagi.InsyaAllah :)
Ramai bebudak sekarang bila tak puas hati je mesti tulis kat stats FB.Eh jangan cakap orang.kadang-kadang aku pun macam tu.Kadang-kadang kita sengaja je nak suruh orang yg kita marah tu baca stats kita.kan?kan?haha
Tapi bila kita fikir balik,kalau orang lain semua taknak dengar masalah kita,kita kan masih ada Allah.Bila marah ambil wudhu' dan sembahyang.InsyaAllah kurang sikit bebanan kita.Eh bukan nak cakap aku baik.Serious aku pun bukan baik.Tapi takpelah buat mengingati diri sendiri dan orang lain kan :)
Moga bermanfaat.Thank you :)


Kat bawah ni ada doa pendekat jodoh :)
Copy paste from : http://kongsibersamanora.blogspot.com/2010/10/doa-pendekat-jodoh.html
Pertama sekali baca surah Al Fatihah dan baca doa ini.
Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.
- Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
- Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
- Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HAmengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)