Search This Blog

Thursday, November 17, 2011

Memory lastforever :D

Assalamualaikum..
Thanks sebab masih membaca..

Hari ni,17 November 2011
Birthday seorang kawan aq..kami memang tak lah rapat mana pun *serious
Tapi kiteorang pernah la jadi geng dulu.Sekejap je pun.
Time form 2 kot..Aq pun tak lah ingat sangat.

Cerita silam memang agak menyakitkan tapi tu kan dah jadi sejarah..
Aq pun still sayang dia sebagai kawan aq.Yelah,tak kisah la macam mana pun,dia tetap kawan aq and kami tetap saudara sesama ISLAM :D






*tolong lah ignore yang lain eh..pic ni time Merentas Desa and Hari Sukan Tigs 2010
Masa ni muka semua SUCI lagi *sekarang pun suci lagi :)



So,Happy Birthday Sheera!
Semoga panjang umo dan berjaya dalam hidup okeh...
Walaupun kita selalu gaduh dulu tapi tak tau nape aq sayang kau lebih...haha :)

Sila lah follow blog dia *buat sape2 yang tak follow lagi
sebab dia memang famous pun *kat BP lah.Kat tempat lain aq tak tau lagi :)
Nak follow sila CLICK SINI

Tapi dia cakap blog dia dah basi..
Ada aq kisah...huhu :)

Tuesday, November 15, 2011

Saya ada MEREKA





Assalamualaikum..
We meet again and again:) *rasa macam teletubbies pulak

Last post dah storymory pasal kawan..kan?
So kali ni nak cerita pasal kawan aq kat UITM Alor Gajah yang disayangi tu..
Tak tau lah sama ada mereka perasan aq ni kawan mereka atau tak..haha

Ni nak cerita ni,
Hari pertama jejak kaki kat Universiti rasa takot tapi syok..
Yelah..takde membe pun yang sama u dengan aku *sape yang ada tu untung laa ;P
Terkontang-kanting aq..Ramai gile kot budak yang daftar.Dekat seribu orang masa hari pertama dan seribu lagi hari kedua.Woah!persaingan lagi..

Lau tak silap,course aq sikit je budaknya.Sikit2 pun sampai 4 kelas wo..haha
Masa hari pertama tu rasa nak balik je..Orang lain semua ada membe or roomate tapi aq takde pun.
*Sebab tiga2 roomate aq budak MASCOM so dieorang daftar hari kedua.
So,aq sorang2 jelah satu hari tu.Ramai yang dah buat membe,tapi aq lambat sikit lau nak wat kawan ni.

Alkisahnya,
malam tu dah habis program.So kena lah balik bilik kan.
Tengah jalan2 tu tetiba rasa ingin menegur..So aq pun say hye2 lah kat mereka.
Rupanya mereka ni pun satu kolej dengan aq.Dan satu level sekali..What a coincidence
..


Mulai malam 20 hari bulan 5,berkawan lah kami 3 orang..Sadiqah Aisyah dan Nur Hamizah :)

Dari situ lah aq start kenal mereka..Memang asek ketawa je lau dengan dieorang ni.
Hobi kiteorang adalah amek gambar *macam photographer la
Macam2 gaya lah ada...Dengan ketentuan Allah,kami pun satu kelas.
Seronok lah..at least ada membe kat kelas tuh :)

Aiya..kawan..
aq memang berharap korang selalu ada kat sisi aq time senang or susah..
4 sem lg ni nak tengok muka korang..huhu ;)

Thanks sebab selalu tolong aq okeh.Jasamu dikenang.. :)

"Life without a friend is like death without a witness."









Fabulous Friends

We meet again..

Hari ini rasa bersemangat untuk post dan terus post.Banyak storymory yang nak dikongsi..haha *rasa bahagia seketika

Kali ni nak cerita pasal rakan/kawan/membe dan yang seangkatan dengannya.
Semua orang pun ada kawan dan perlukan kawan.
Walaupun kadang2 dia suka sakitkan hati kita *sebenarnya kita yang
sensitif pun
Walaupun kadang2 dia lagi hebat daripada kita *dalam banyak segi
Walaupun kadang2 dia
lupakan kita *umur dah makin meningkat la tuh.hee~~


Tapi,kawan jugak lah..
Yang selalu buat kita
gelak *sampai tak ingat dunia
Yang selalu buat kita rasa nak terus berjuang *sebab dah kalah dengan dia aritu
Yang selalu buat kita nak
menangis *bila ada cerita sedih
Yang selalu tolong kita *terutama time study
Yang selalu teman kita layan tengok movie *kalau kat hostel atau bilik lah

Aiya..kawan memang pentinglah.So kita kena pandai pilih kawan.Elakkan kawan yang berfikiran negatif dan yang selalu melakukan perkara negatif..




Ada yang kisah :)

Assalamualaikum..
Pernah tak korang rasa LOST dalam hidup?
Macam takde sape pun care pasal korang.Macam hilang pedoman hidup
*serious sangat tuh.menakotkan!

Act,ada yang care.Percayalah..korang still ada Allah dan Islam.Islam yang dapat menguatkan kita dengan qadak dan qadar Allah.Agama yang buat kita rasa nak menangis sebab terlalu banyak dosa yang dilakukan.Kita boleh menangis dan berdoa kepada-Nya jika tiada tempat untuk meluahkan kata2..Sedangkan kita tak luahkan itu pun Allah sudah tahu segalanya.Alquran juga merupakan penghubung antara kita dan Allah.*selalu lah baca :)

Yang kedua,kita masih beruntung ada family yang ambil berat walaupun kadang2 mama suka bebel *sebab sayang.Ayah pulak suka marah *sebab prihatin.Adik beradik pulak suka dengki *sebab nak bermanja.
Ramai lagi manusia kat luar sana hidup sebatang kara.Yang tak punya ibu bapa dan saudara.Jadi bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk beramal pada ibu bapa. :)

Yang ketiga,kita masih ada teman2 seperjuangan yang dapat menguatkan semangat untuk terus hidup di dunia yang penuh onak dan duri.Mungkin mereka tak pernah ingat kita,tapi bersyukurlah kerana kita masih ingat mereka *tandanya ingatan kita masih kuat.

Yang keempat,kita masih punya cikgu/pensyarah yang dapat mengajar kita tentang ilmu.*tandanya kita masih ada insan yang prihatin dengan kejayaan kita.

Yang kelima,kita masih punya tubuh badan yang sihat.Dapatlah kita menjalani ibadah dengan sempurna *berbanding mereka yang kurang upaya.Janganlah takut untuk mencari rezeki yang halal.Jangan kerana kita berfikir kalau kita tak dihargai di dunia,kita perlu merosakkan hidup kita padahal Allah memberi peluang kepada kita untuk memperbaikinya.


Jadi jangan jadikan kekecewaan sebagai satu teman hidup.Pengalaman adalah guru yang paling berguna.Tebus perasaan kecewa itu dengan melakukan kebaikan dan kejayaan.InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah.Ingat lah,Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kadar kemampuannya.Dan Allah juga tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.

*Post ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri disamping berpesan-pesan ke arah kebaikan.InsyaAllah :)


“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)






Don't be AFRAID to face it..

Assalamualaikum..
Holla,we meet again...

Hari ni dalam sejarah...aq bangun pagi2 setelah dapat
ilham nak post ape...
Memikirkan tentang perjalanan SEMESTER 2 yang bakal bermula dalam masa 5 hari lagi *20.11.2011
Adoiyai..seriously
sangat takut dan dup dap jantung aq berdegup dengan sangat pantas.

Sem 1 dekat sebulan dah habis..Time Sem 1 dulu pun feelingnye sama dengan sekarang jugak.
Tapi yang ni lagi takut..
Sebenarnya aq pun tak tau ape yang nak ditakutkan.

Tapi yang nyata..
Aq sangat takut dengan
PERSAINGAN.
Aiya..Sem 1 result dah cukup baik *Alhamdulillah.
InsyaAllah Sem 2 pun sama..Cuma kena usaha lebih kuat sikit okeh.

Act,membe2 aq semua tulis stats kat FB yang macam
HEBAT2 punya kan.
Agak mengeletar lah jugak baca.Tapi takpe persaingan tu kan sihat..kott.huhu
Post ni agak serious so tak leh nak letak smiley suka2 hati..haha
*padahal boleh je kalau nak=gediks

Melambak lagi Semester yang kau akan duduki.Ni baru Sem 2 kott.
Ada 4 Sem lagi untuk dip. and mungkin 4/5 Sem lagi untuk degree.
Woah!banyak gile kott..

So..girlfriends
.Jom kita fighting! haha.
*maksudnya berusaha untuk dapat DL untuk Sem 2 dan sem akan datang okeh.
InsyaAllah..dengan
semangat, usaha dan doa yang kita ada boleh mengubah segalanya.


Winning isn't everything, but wanting to win is.
Vince Lombardi

It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed.
Theodore Roosevelt

Success doesn't come to you.Yo go to it.
Marva Collins


So..lagu ni untuk menaikkan semangat aq agar selalu fikir positif dan berusaha bagi memperoleh kejayaan :D

Fikirkan Boleh!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh




Monday, November 14, 2011

Kurang inci special atau tak?

We meet again :)

Dekat post lepas kan aq tulis pasal RENDAH DIRI kan..
Well..ni bukan nak repeat post pun sebenarnya..
cuma nak beritahu kenyataan..haha


Act,umur aq da 18 tahun..kalau ikut orang dulu2 dah boleh kahwin dah..
Tapi nasib baik ikut orang sekarang..umur 18 ni macam baby2 lagi...haha *perasan
Yelah..baru nak kenal dunia..walaupun sebenarnya dah kenal lama..huhu

Tapi sesuatu yang unik pasal..ermm..perlu cakap unik ke??
haha..suka ati aq lah pun..;P
Aq memang RENDAH DIRI sebab aq memang rendah..
haha..well..tinggi aq dalam lebih kurang 151 cm..
mungkin dah tinggi sikit la kott..Last aq ukur time aq Form 5 dulu..gerun nak ukur sebenarnya..haha

Walaupun dah 18 tahun..tapi semua tengok aq mcm adik2 dieorang je..macam kurang asam juga la..Bestfriend aq pun suke panggil aq BUDAK KECIK..
Masa tuh sedih la jugak..Yelah..tengah musim hormon..haha..lain macam sungguh ayat ini...

Tapi bila pikir balik...CUTE jugak kan..*perasan lagi
Cita2 aq nak jadi tinggi least 171 cm..mcm ada sorang membe aq ni..woah..tiap kali nak bercakap dengan dia..kena mendongak..adoyai...
Nathilia..saya memang harap awak tak tinggi lagi..kasihani daku*suara gedik mula menganggu..haha


Tapi cita2 aq memang takkan tercapai lah..Kan perempuan stop jadi lebih tinggi pada usia 18 tahun..
ehh..betul ke??kejap2..kena pastikan dengan Mr.Google dulu...

Yeah betul2..cume ayat aq mcm pelik cket..tapi korang fahamkan..
So memang hanya dalam mimpi la aq boleh jadi tinggi macam tuh..haha

Tapi ada jugak specialnya jadi perempuan/gadis/wanita (*apa2 pun boleh asalkan bukan lelaki)kurang inci ni..
Antaranya:

  • Sentiasa awet muda..orang mesti akan cakap awak muda sedangkan kadang2 kita dah tua sikit...*sikit je pun
  • Kalau kita buat lawak..mesti orang tetap ketawa sebab nampak kita cute..*walaupun kadang2 nak amek ati je tu
  • Kita boleh pakai baju yang kita nak sebab semua pun muat dengan kita..haha..

Owh..tapi ada jugak keburukannya..Tapi sebenarnya bergantung kepada individu tu sendiri..


  • Orang jarang percaya dengan manusia yang kurang inci ni..bukan lah bermaksud yang jahat..Yelah..kalau sekolah rendah dulu..cikgu2 mesti nak amek budak yang bertubuh besar kan..kalau dia amek budak kecik..kang takde orang nak takot pn.haha
Tapi tu dulu lah..kan...

  • Lagi satu..mereka yang kurang inci ni kadang2 kurang keyakinan terhadap diri sendiri..
Macam yang aq cakap tadi..bergantung pada individu tu sendiri...

  • Mereka2 yang kurang inci ni *termasuk aq sekali lahh..memang susah sikit la nak dapat kerjaya yang memerlukan ketinggian seperti bidang modeling..Well..ada jugak yang jadi model tapi skalanye kecik la..

Tak kisah la sama ada kita tinggi atau rendah..percaya pada diri sendiri okeh..:)

It's fair,darling...


Okey..

ermm..last update in August and now is already November..woah!
Sangat cepat masa berlalu..
Tapi takpe at least we still got time...

Banyak perkara menarik terjadi kat aku baru2 ni..Erm really?let me think..
Well..sebenarnya takde lah menarik mana pun..
Tapi bangga jugak aku dapat kalahkan si dia..hehe
Tapi dalam masa yang sama sangat terkejut..Alhamdulillah..at least aq tak menghampakan harapan Mama and Ayah lagi sekali..Syukur Ya Allah..

Haha..mungkin takde orang yang faham but its ok..cause i know si dia faham..hee~~



Act..aq seorang yang cepat rasa RENDAH DIRI..
and aq tak tau kalau ada orang yang sama pesen dgn aq..haha
Yelah..aku kan PELIK...;P
(Boleh buat tajuk filem ni..woah!)


Tapi setiap kali aq tengok manusia..aq lihat kelebihan mereka dan kekurangan aq..
Well..itu apa yang aku nampaklah
Contohnya*

Dia cantik..mesti semua lelaki suka dia...sedangkan aq??
Dia famous..semua orang kenal dia..sedangkan aq??

Macam tu lah lebih kurang..
Dan sebenarnya..aq pernah terpikir bahawa orang yang cantik luaran *aq x cakap dalaman lagi sebab mungkin aq x kenal lagi orang tu..sangat beruntung sebab setiap makhluk Allah yang melihat dia pasti akan memuji..

Seriously..manusia memang kurang nak bersyukur..Kita lihat kelebihan orang lain sedangkan kita boleh apa tengok diri kita dan muhasabah..Ini memang peringatan untuk diri sendiri je sebenarnya..huhu

Kita kena bersyukur..Itu je cara untuk kita sayang diri kita dan berusaha untuk memajukan diri sendiri.
So janganlah pulak kita nak jadi somebody else sebab setiap manusia pun ada kekurangannya walaupun kadang2 kita wonder apa yang kurang pasal die..Yelah..macam perfect je kott.

Tapi percayalah,Allah itu kan Maha Adil
So marilah kita bersyukur dengan keadaan diri sendiri and terus berusaha ke arah yang lebih baik.^_^

Remember..always love yourself
Accept yourself..
Sebab awak kan SPECIAL..