Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Maksud tersirat.


Hello my dear kelip-kelips 
Assalamualaikum semuaaaa !

Okay two weeks kat Lendu.Nothing impressed me much but still having fun with those girls yg gegila.Mygoddd.Sampai one of the girl cakap 'Awal sem 4 ni kau macam nampak happy semacam je Diana'.Hahaha tipu lah kalau aku takde perasaan marah semua tu.Ada jugak tp mungkin belum masanya.Tunggu lah lama2 ti.hihi

Asyik gelak je well aku mungkin pandai hide feeling kot??haha..ramai yg cakap hidup ni sementara awat kita nak pikiaq perkara2 yg menyakitkan hati.Lagi satu kalau asyik nak sakit hati dgn org pun tak boleh jugak.

Masa aku marah memang aku akan luahkan banyak kali kat ramai orang tp bila aku sedar mungkin dia tak maksudkan macam tu.Aku buat2 tak kisah tapi dalam hati benda tu serious makan dalam babe.Tak kisah la kau kawan aku ke apa ke.Mungkin apa yg kau nak cakap tu tak sama dengan apa yg aku faham.



Andai kita buat baik dengan orang in shaa Allah,orang lain tolong kita balik,dengan izin Allah.Ya Allah harap kau beri petunjuk dan jauhkan lah hatiku drpd berprasangka terhadap manusia lain.Amin..Be positive okay sayang !

xoxo,











Thursday, December 13, 2012

Go Harimau Malaya.Gooooo !

Haiiiiii
Go Harimau Malaya :)
Its okay kalah dengan bermaruah.No worries we still love you.hehe

Today owh act tadi ada match between Msia and Thailand and we loss by 2-0 :( .SEDIHH

Okay im not a football addict but still i am a Malaysian so i have to support my own country right.Tapi sebenarnya aku tak kenal pun mana2 player football team Harimau Malaya ni.But,maybe kenal nama but not their looks i guess.haha


Dulu2 aku memang fanatik sampai kenal almost semua player tapi makin besar minat terhadap bola sepak semakin kurang.Act aku takut nak tengok sebab aku takut nak tau keputusan.Eh berdebar tau nak tunggu result dia.Waduhh.


But apa2 pun saya sokong Harimau Malaya.No matters what.Go Malaysia Goooo :)
Xoxo,


Friday, December 7, 2012

Lendu Aku Datang Versi Diana not Dian.Apa motif tajuk panjang pun tak tahu.Hahaha XD




Assalamualaikum.
Type post sambil dengar lagu Sahabat by my junior Najwa Latif xoxo.Haha
Okay hai saya dah senior.Woot woot.Ahahaha..Alhamdulillah dah sem 4 dah aku :)
A week dah pun berlalu.Lecturer sem ni okay lah,In shaa Allah.Ya Allah tak sangka harini dah 5 hari ++ aku kat Lendu tersayang.Sem ni subject yg aku rasa mencabar act semualah tp Ais 300,Far 250 & Maf 280.Macam agak scary lah jugak bila lecturer terangkan semua.Subject lain pun scary.Haha
5 hari kat Lendu mcm2 perasaan aku rasa.Marah,happy,touching,sedih,homesick semua ada tau tak.Biasa lah manusia.Apalah yg kita harapkan kesempurnaan pada manusia lain bila diri kita pun tak sesempurna mana.Senang cakap tp kdg2 aku pun tak cukup kuat nak lawan perasaan tu.
Tapi yg jelas lagi nyata i miss my family so much.Entah sem ni homesick menjadi2.Gedik mungkin.Haha tak kisah le pun :p.
Okay nnt i update pic utk this sem.Nak pi sambung movie.Bye awak :)
Xoxo,

Btw,Istanbul Aku Datang sangat romantic.Oh Beto... Hahaha

Thursday, November 29, 2012

Bila dipinggir dan tersisih.

Hai Assalamualaikum
Semangat nak naik Sem 4 ? YA !
Semangat nak jumpa lecturer baru ? YA !
Semangat nak balik Lendu ? TIDAK !
Haha okay post ni serious takde kena mengena dgn semangat di atas.Cuma nak cerita sikit lah pasal semangat ni.Kalau semangat ni takde kita pun tak kuat nak tempuhi hidup.Kita pun taklah sekuat yg disangka.
Kadang-kadang aku sebagai manusia biasa selalu rasa tersisih.Selalu rasa terpinggir.Tak kisah lah dalam perhubungan yg macam mana sekali pun.Dan aku pun tak tahu adakah aku yg sendiri rasa macam tu or memang sebenarnya orang2 tu memang pinggirkan aku?
Ya separuh jawapan kepada soalan tu ialah diri aku sendiri.Aku selalu prasangka pada orang.Selalu mengata di belakang orang.Selalu nak dihargai orang.Sedar tak sedar tu dah masuk dalam sifat mazmumah,perkara yg dibenci Allah.Masya Allah..
Kdg2 aku selalu rasa macam tu bila dengan kawan-kawan or even dalam FB or Twitter.Kita nampak dia tweet tapi dia tak reply tweet kita.Kita like gambar dia tapi dia tak like gambar kita.Kita RT tweet dia tapi dia tak pernah RT tweet kita.Kita like status dia tapi tak pernah sekali dia like status kita.
Apa yg kita cari sebenarnya?Ya jawapannya aku selalu rasa tersisih pada benda sekecil zarah.Orang tu boleh je reply tweet orang lain tapi tak pernah nak reply tweet kita.Orang tu boleh je cakap baik2 dgn orang lain tapi bila dengan kita cakap mcm nak tak nak.
Ya Allah sedih kan macam tu.Kdg2 aku cuma nak berbaik,ambil berat tp kdg2 bila sebelah pihak je yg buat benda tu takkan jadi.Last2 sebelah pihak tu pun surrender taknak buat lagi.Betul tak?
Mcm bila bercinta laa.Kalau sebelah pihak je yg cakap syg sedangkan sebelah pihak lagi diam seribu bahasa.Lama2 pihak yg syg tu pun tak mustahil akan pergi kpd orang yg boleh membalas tepukan tangan dia tadi.
Rasa mcm kita pulak terhegeh2 nak berbaik dengan dia.Nanti org lain pulak cakap annoying.
Penyelesaian nya satu je..Kalau kita tak buat org,Insya Allah dgn izin Allah org lain pun tak buat kita.Tapi kdg2 aku pun cakap 'Tapi mana aku pernah buat orang.Aku like je status die.Aku RT je tweet die.Aku reply je tweet dia.' Entahlah.Kita berserah dan mengadu pada Allah.
Jangan jadikan hal kecik ni hitamkan hati kita.Ingat tu tiera.Note to myself.Hidup ini singkat.Akanku cuba nikmatinya.Sekadar berkongsi. ;)
Assalamualaikum.



Wednesday, November 28, 2012

Bila hati disakiti

Assalamualaikum :)
Oh saya memang suka letak smiley.Comelkan?Hihi..Eh mcm pelik pulak guna saya haha tapi kena guna utk sesuaikan dengan ayat kat atas tu.
Okay pernah tak awak,awak dan awak disakiti?Ya Allah kalau tak pernah alangkah untung nya.
Bila kita sakit hati.Apa agaknya kita buat?Apa agaknya kita respond?Well secara tak langsung kita dah tunjukkan 50% personaliti diri kita kat situ.
Zaman tech sekarang sakit hati bukan setakat depan2 siap tweet lagi.Siap update status cakap kita sakit hati.Ya aku mengaku aku pun pernah buat.Kat FB tu takde lah sebab mcm ramai gila cousin2 pakcik makcik aku kat situ.Setakat kat tweet tu adalah.
Kalau aku marah selalunya badan aku akan mengigil bukan sebab marah kdg2 sebab kita takut.Pernah sekali tu ada classmate aku salah faham,dia ingat tweet tu utk dia dan dia pulak memang jenis outspoken so memang kena hentam aku.
Alahai aku ni nampak je rock,ganas bagai tapi aku ni kaki leleh.Senang kata memang gembeng lah.Masa tu memang rasa nak menangis je.Dah menggigil badan aku.Satu je aku fikir mcm mana aku nak bertegur dengan dia lepas ni.
Nasib baik kami bukan kawan rapat dlm class tu so mcm tak jadi hal besar sgt lah.Bila kena macam tu satu je yg aku tak tahan ialah aku mesti rasa bersalah kat diri sendiri and mula salahkan diri sendiri.Even mungkin org lain kata relax tak pape.Semua orang dah pernah kena.
Tapi bagi aku benda tu selalu kacau hati dan perasaan aku.Alhamdulillah sekarang memang kami bertegur dan aku pun dah maafkan dieorang dan aku pun harap mereka maafkan aku.Tapi aku memang tak lupa mcm mana perasaan aku masatu.Aku rasa sedih sangat sebab mungkin aku terlalu nak orang jangan salah faham tentang aku.Lagipun selama aku hidup tulah satu2 benda yg aku rasa pernah jadi dlm hidup aku.
Dan aku rasa Allah sedang menguji aku time tu.Mungkin nak suruh aku kuatkan semangat,kuatkan mentaliti bahawa tak semua orang boleh terima kita dan pasti ada halangan kat mana2.Tu baru dalam kampus belum di alam pekerjaan lagi belum kat dunia luar lagi.
Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya.
Post ni bukanlah nak burukkan siapa2 cuma sekadar berkongsi.
;)
Assalamualaikum.


Aku nak minta maaf andai aku ada salah silap semua okay.Maafkan lah aku dan halalkan segalanya.Mana lah kita tahu panjang pendek usia kita.

Mengadu pada Allah :)

Hai Assalamualaikum.
Okay got idea entah dari mana tapi just nak post something.
Pernah tak kadang2 kita tahu satu benda tu tapi kita takut nak bagitahu orang.Ok kat sini je dah boleh ada banyak maksud.
Contoh lah,lec tanya siapa tau jawapan nya?Kita tau or maybe macam ala2 tau lah walhal tak sure lagi jawapannya and kita cakap slow je but bila kawan kita ambil jawapan kita and cakap2 kuat and mungkin memang rezeki dia so jawapan yg dia curi drpd kita tu betul pulak.Tak pasal2 dia dapat penghargaan dari lec..Kan untung kat situ?
Kita yg makan hati sebab menyesal tak jawab dengan kuat.Haha takpelah kalau awak tak jawab pun yg pasti awak tau.
Kang orang ada cakap kdg2 orang yg tau ni dia diam2 je orang yg buat2 tau ni yg selalu bising.Tapi salah jugak kan?Kalau kita tau kdg2 kita kena bising jugak bagitau orang lain so mereka pun tau sama.Betul tak?
Terpulang lah kan.Hak masing2.Kita sibuk nak cari penghargaan dari manusia tapi dari Allah kita lupa.MasyaAllah.Aku baru sedar yg selama ni aku selalu sibuk nak manusia puji and at least appreciate apa yg aku buat sedangkan Allah sentiasa hargai diri kita.
Kalau ada yg tiru ke copy paste ayat kita ke,biarlah dia.Kita fikir positif jela.Mengadu pada Allah sebab antara manusia tu pun kdg2 tak semua kita boleh selesaikan dgn bertemu muka.Hati kan lain2.Yang pasti jangan dendam.
Aku pun seorang penyimpan tapi Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi aku meletop.Orang selalu kata kalau kita selalu pendam mungkin benda tu tak elok.Ya memang aku setuju.
Tapi cara selesaikan masalah secara face to face to aku tak pernah buat lagi sebab aku takut utk bagitahu kat org tu and takot org tu tersinggung pulak.So aku mengadu kat Allah.Insya Allah semuanya ok lepas tu.Amin.
Ok tu je.Insya Allah sambung post lain.Mana yg kurang tu sori lah ea.hihi
Im trying to become a better muslim.Amin :)

Sunday, November 25, 2012

Lirik Adamu by Najwa Latif.

Asalamualaikum.Hai.hehe
Saja nak share lirik Adamu by Najwa Latif.
I do miss TIGS :) Okay takde kaitan.Soo nahhh.
Even lagu ni dah lama act tapi lirik dia betul2 bagi semangat kat aku.
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Go Bprian.Go TIGS.Go Najwa Latif :*