Oh saya memang suka letak smiley.Comelkan?Hihi..Eh mcm pelik pulak guna saya haha tapi kena guna utk sesuaikan dengan ayat kat atas tu.
Okay pernah tak awak,awak dan awak disakiti?Ya Allah kalau tak pernah alangkah untung nya.
Bila kita sakit hati.Apa agaknya kita buat?Apa agaknya kita respond?Well secara tak langsung kita dah tunjukkan 50% personaliti diri kita kat situ.
Zaman tech sekarang sakit hati bukan setakat depan2 siap tweet lagi.Siap update status cakap kita sakit hati.Ya aku mengaku aku pun pernah buat.Kat FB tu takde lah sebab mcm ramai gila cousin2 pakcik makcik aku kat situ.Setakat kat tweet tu adalah.
Kalau aku marah selalunya badan aku akan mengigil bukan sebab marah kdg2 sebab kita takut.Pernah sekali tu ada classmate aku salah faham,dia ingat tweet tu utk dia dan dia pulak memang jenis outspoken so memang kena hentam aku.
Alahai aku ni nampak je rock,ganas bagai tapi aku ni kaki leleh.Senang kata memang gembeng lah.Masa tu memang rasa nak menangis je.Dah menggigil badan aku.Satu je aku fikir mcm mana aku nak bertegur dengan dia lepas ni.
Nasib baik kami bukan kawan rapat dlm class tu so mcm tak jadi hal besar sgt lah.Bila kena macam tu satu je yg aku tak tahan ialah aku mesti rasa bersalah kat diri sendiri and mula salahkan diri sendiri.Even mungkin org lain kata relax tak pape.Semua orang dah pernah kena.
Tapi bagi aku benda tu selalu kacau hati dan perasaan aku.Alhamdulillah sekarang memang kami bertegur dan aku pun dah maafkan dieorang dan aku pun harap mereka maafkan aku.Tapi aku memang tak lupa mcm mana perasaan aku masatu.Aku rasa sedih sangat sebab mungkin aku terlalu nak orang jangan salah faham tentang aku.Lagipun selama aku hidup tulah satu2 benda yg aku rasa pernah jadi dlm hidup aku.
Dan aku rasa Allah sedang menguji aku time tu.Mungkin nak suruh aku kuatkan semangat,kuatkan mentaliti bahawa tak semua orang boleh terima kita dan pasti ada halangan kat mana2.Tu baru dalam kampus belum di alam pekerjaan lagi belum kat dunia luar lagi.
Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya.
Post ni bukanlah nak burukkan siapa2 cuma sekadar berkongsi.
;)
Assalamualaikum.

Aku nak minta maaf andai aku ada salah silap semua okay.Maafkan lah aku dan halalkan segalanya.Mana lah kita tahu panjang pendek usia kita.
No comments:
Post a Comment