Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Maksud tersirat.


Hello my dear kelip-kelips 
Assalamualaikum semuaaaa !

Okay two weeks kat Lendu.Nothing impressed me much but still having fun with those girls yg gegila.Mygoddd.Sampai one of the girl cakap 'Awal sem 4 ni kau macam nampak happy semacam je Diana'.Hahaha tipu lah kalau aku takde perasaan marah semua tu.Ada jugak tp mungkin belum masanya.Tunggu lah lama2 ti.hihi

Asyik gelak je well aku mungkin pandai hide feeling kot??haha..ramai yg cakap hidup ni sementara awat kita nak pikiaq perkara2 yg menyakitkan hati.Lagi satu kalau asyik nak sakit hati dgn org pun tak boleh jugak.

Masa aku marah memang aku akan luahkan banyak kali kat ramai orang tp bila aku sedar mungkin dia tak maksudkan macam tu.Aku buat2 tak kisah tapi dalam hati benda tu serious makan dalam babe.Tak kisah la kau kawan aku ke apa ke.Mungkin apa yg kau nak cakap tu tak sama dengan apa yg aku faham.



Andai kita buat baik dengan orang in shaa Allah,orang lain tolong kita balik,dengan izin Allah.Ya Allah harap kau beri petunjuk dan jauhkan lah hatiku drpd berprasangka terhadap manusia lain.Amin..Be positive okay sayang !

xoxo,











Thursday, December 13, 2012

Go Harimau Malaya.Gooooo !

Haiiiiii
Go Harimau Malaya :)
Its okay kalah dengan bermaruah.No worries we still love you.hehe

Today owh act tadi ada match between Msia and Thailand and we loss by 2-0 :( .SEDIHH

Okay im not a football addict but still i am a Malaysian so i have to support my own country right.Tapi sebenarnya aku tak kenal pun mana2 player football team Harimau Malaya ni.But,maybe kenal nama but not their looks i guess.haha


Dulu2 aku memang fanatik sampai kenal almost semua player tapi makin besar minat terhadap bola sepak semakin kurang.Act aku takut nak tengok sebab aku takut nak tau keputusan.Eh berdebar tau nak tunggu result dia.Waduhh.


But apa2 pun saya sokong Harimau Malaya.No matters what.Go Malaysia Goooo :)
Xoxo,


Friday, December 7, 2012

Lendu Aku Datang Versi Diana not Dian.Apa motif tajuk panjang pun tak tahu.Hahaha XD




Assalamualaikum.
Type post sambil dengar lagu Sahabat by my junior Najwa Latif xoxo.Haha
Okay hai saya dah senior.Woot woot.Ahahaha..Alhamdulillah dah sem 4 dah aku :)
A week dah pun berlalu.Lecturer sem ni okay lah,In shaa Allah.Ya Allah tak sangka harini dah 5 hari ++ aku kat Lendu tersayang.Sem ni subject yg aku rasa mencabar act semualah tp Ais 300,Far 250 & Maf 280.Macam agak scary lah jugak bila lecturer terangkan semua.Subject lain pun scary.Haha
5 hari kat Lendu mcm2 perasaan aku rasa.Marah,happy,touching,sedih,homesick semua ada tau tak.Biasa lah manusia.Apalah yg kita harapkan kesempurnaan pada manusia lain bila diri kita pun tak sesempurna mana.Senang cakap tp kdg2 aku pun tak cukup kuat nak lawan perasaan tu.
Tapi yg jelas lagi nyata i miss my family so much.Entah sem ni homesick menjadi2.Gedik mungkin.Haha tak kisah le pun :p.
Okay nnt i update pic utk this sem.Nak pi sambung movie.Bye awak :)
Xoxo,

Btw,Istanbul Aku Datang sangat romantic.Oh Beto... Hahaha

Thursday, November 29, 2012

Bila dipinggir dan tersisih.

Hai Assalamualaikum
Semangat nak naik Sem 4 ? YA !
Semangat nak jumpa lecturer baru ? YA !
Semangat nak balik Lendu ? TIDAK !
Haha okay post ni serious takde kena mengena dgn semangat di atas.Cuma nak cerita sikit lah pasal semangat ni.Kalau semangat ni takde kita pun tak kuat nak tempuhi hidup.Kita pun taklah sekuat yg disangka.
Kadang-kadang aku sebagai manusia biasa selalu rasa tersisih.Selalu rasa terpinggir.Tak kisah lah dalam perhubungan yg macam mana sekali pun.Dan aku pun tak tahu adakah aku yg sendiri rasa macam tu or memang sebenarnya orang2 tu memang pinggirkan aku?
Ya separuh jawapan kepada soalan tu ialah diri aku sendiri.Aku selalu prasangka pada orang.Selalu mengata di belakang orang.Selalu nak dihargai orang.Sedar tak sedar tu dah masuk dalam sifat mazmumah,perkara yg dibenci Allah.Masya Allah..
Kdg2 aku selalu rasa macam tu bila dengan kawan-kawan or even dalam FB or Twitter.Kita nampak dia tweet tapi dia tak reply tweet kita.Kita like gambar dia tapi dia tak like gambar kita.Kita RT tweet dia tapi dia tak pernah RT tweet kita.Kita like status dia tapi tak pernah sekali dia like status kita.
Apa yg kita cari sebenarnya?Ya jawapannya aku selalu rasa tersisih pada benda sekecil zarah.Orang tu boleh je reply tweet orang lain tapi tak pernah nak reply tweet kita.Orang tu boleh je cakap baik2 dgn orang lain tapi bila dengan kita cakap mcm nak tak nak.
Ya Allah sedih kan macam tu.Kdg2 aku cuma nak berbaik,ambil berat tp kdg2 bila sebelah pihak je yg buat benda tu takkan jadi.Last2 sebelah pihak tu pun surrender taknak buat lagi.Betul tak?
Mcm bila bercinta laa.Kalau sebelah pihak je yg cakap syg sedangkan sebelah pihak lagi diam seribu bahasa.Lama2 pihak yg syg tu pun tak mustahil akan pergi kpd orang yg boleh membalas tepukan tangan dia tadi.
Rasa mcm kita pulak terhegeh2 nak berbaik dengan dia.Nanti org lain pulak cakap annoying.
Penyelesaian nya satu je..Kalau kita tak buat org,Insya Allah dgn izin Allah org lain pun tak buat kita.Tapi kdg2 aku pun cakap 'Tapi mana aku pernah buat orang.Aku like je status die.Aku RT je tweet die.Aku reply je tweet dia.' Entahlah.Kita berserah dan mengadu pada Allah.
Jangan jadikan hal kecik ni hitamkan hati kita.Ingat tu tiera.Note to myself.Hidup ini singkat.Akanku cuba nikmatinya.Sekadar berkongsi. ;)
Assalamualaikum.



Wednesday, November 28, 2012

Bila hati disakiti

Assalamualaikum :)
Oh saya memang suka letak smiley.Comelkan?Hihi..Eh mcm pelik pulak guna saya haha tapi kena guna utk sesuaikan dengan ayat kat atas tu.
Okay pernah tak awak,awak dan awak disakiti?Ya Allah kalau tak pernah alangkah untung nya.
Bila kita sakit hati.Apa agaknya kita buat?Apa agaknya kita respond?Well secara tak langsung kita dah tunjukkan 50% personaliti diri kita kat situ.
Zaman tech sekarang sakit hati bukan setakat depan2 siap tweet lagi.Siap update status cakap kita sakit hati.Ya aku mengaku aku pun pernah buat.Kat FB tu takde lah sebab mcm ramai gila cousin2 pakcik makcik aku kat situ.Setakat kat tweet tu adalah.
Kalau aku marah selalunya badan aku akan mengigil bukan sebab marah kdg2 sebab kita takut.Pernah sekali tu ada classmate aku salah faham,dia ingat tweet tu utk dia dan dia pulak memang jenis outspoken so memang kena hentam aku.
Alahai aku ni nampak je rock,ganas bagai tapi aku ni kaki leleh.Senang kata memang gembeng lah.Masa tu memang rasa nak menangis je.Dah menggigil badan aku.Satu je aku fikir mcm mana aku nak bertegur dengan dia lepas ni.
Nasib baik kami bukan kawan rapat dlm class tu so mcm tak jadi hal besar sgt lah.Bila kena macam tu satu je yg aku tak tahan ialah aku mesti rasa bersalah kat diri sendiri and mula salahkan diri sendiri.Even mungkin org lain kata relax tak pape.Semua orang dah pernah kena.
Tapi bagi aku benda tu selalu kacau hati dan perasaan aku.Alhamdulillah sekarang memang kami bertegur dan aku pun dah maafkan dieorang dan aku pun harap mereka maafkan aku.Tapi aku memang tak lupa mcm mana perasaan aku masatu.Aku rasa sedih sangat sebab mungkin aku terlalu nak orang jangan salah faham tentang aku.Lagipun selama aku hidup tulah satu2 benda yg aku rasa pernah jadi dlm hidup aku.
Dan aku rasa Allah sedang menguji aku time tu.Mungkin nak suruh aku kuatkan semangat,kuatkan mentaliti bahawa tak semua orang boleh terima kita dan pasti ada halangan kat mana2.Tu baru dalam kampus belum di alam pekerjaan lagi belum kat dunia luar lagi.
Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya.
Post ni bukanlah nak burukkan siapa2 cuma sekadar berkongsi.
;)
Assalamualaikum.


Aku nak minta maaf andai aku ada salah silap semua okay.Maafkan lah aku dan halalkan segalanya.Mana lah kita tahu panjang pendek usia kita.

Mengadu pada Allah :)

Hai Assalamualaikum.
Okay got idea entah dari mana tapi just nak post something.
Pernah tak kadang2 kita tahu satu benda tu tapi kita takut nak bagitahu orang.Ok kat sini je dah boleh ada banyak maksud.
Contoh lah,lec tanya siapa tau jawapan nya?Kita tau or maybe macam ala2 tau lah walhal tak sure lagi jawapannya and kita cakap slow je but bila kawan kita ambil jawapan kita and cakap2 kuat and mungkin memang rezeki dia so jawapan yg dia curi drpd kita tu betul pulak.Tak pasal2 dia dapat penghargaan dari lec..Kan untung kat situ?
Kita yg makan hati sebab menyesal tak jawab dengan kuat.Haha takpelah kalau awak tak jawab pun yg pasti awak tau.
Kang orang ada cakap kdg2 orang yg tau ni dia diam2 je orang yg buat2 tau ni yg selalu bising.Tapi salah jugak kan?Kalau kita tau kdg2 kita kena bising jugak bagitau orang lain so mereka pun tau sama.Betul tak?
Terpulang lah kan.Hak masing2.Kita sibuk nak cari penghargaan dari manusia tapi dari Allah kita lupa.MasyaAllah.Aku baru sedar yg selama ni aku selalu sibuk nak manusia puji and at least appreciate apa yg aku buat sedangkan Allah sentiasa hargai diri kita.
Kalau ada yg tiru ke copy paste ayat kita ke,biarlah dia.Kita fikir positif jela.Mengadu pada Allah sebab antara manusia tu pun kdg2 tak semua kita boleh selesaikan dgn bertemu muka.Hati kan lain2.Yang pasti jangan dendam.
Aku pun seorang penyimpan tapi Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi aku meletop.Orang selalu kata kalau kita selalu pendam mungkin benda tu tak elok.Ya memang aku setuju.
Tapi cara selesaikan masalah secara face to face to aku tak pernah buat lagi sebab aku takut utk bagitahu kat org tu and takot org tu tersinggung pulak.So aku mengadu kat Allah.Insya Allah semuanya ok lepas tu.Amin.
Ok tu je.Insya Allah sambung post lain.Mana yg kurang tu sori lah ea.hihi
Im trying to become a better muslim.Amin :)

Sunday, November 25, 2012

Lirik Adamu by Najwa Latif.

Asalamualaikum.Hai.hehe
Saja nak share lirik Adamu by Najwa Latif.
I do miss TIGS :) Okay takde kaitan.Soo nahhh.
Even lagu ni dah lama act tapi lirik dia betul2 bagi semangat kat aku.
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Go Bprian.Go TIGS.Go Najwa Latif :*


Tips beli Phone (Y)

Assalamualaikum.Haiii.Sekarang post pun dah pakai apps dekat android tau.Malas lah pakai laptop lagi..leceh nak bukak lg tp memang lah feature dlm phone ni macam kurang sikit berbanding yg web version punya but still the best lah.
Rasa dulu google mcm tak buat apps ni tau,other developer yg buat but then maybe google team rasa blogger ni mcm berkait dengan google and die buat lah jugak.But still aku lagi suka yg made by google team ni.
Hah.nak post pasal guide untuk beli handphone lah.But not a tips pun sebab mostly orang pun dah tau.Cuma nak share my opinion je.
Aku bukanlah pengumpul handphone sebab masih dlm tanggungan lagi cuma aku suka beli buku phone and dari situ banyak jugak aku tau dia punya spesifikasi.
Dulu aku minat gila dengan Sony Ericsson.Even cuma 3.2 mp camera dia still power siap cybershop.Memang clear habis kalau nak amek pic tu.Sound system dia pun best.
And sampai sekarang still pakai Nokia utk second phone tu pun yg slide lama lah.Tak minat sangat Nokia touch ni sebab mcm tak menarik hati.Well setiap org lain2 kan.
Now currently pakai HTC.Okay mostly menarik and best.Tapi android.selagi os dia android so tak lah beza mcm phone android lain.
Oh pernah pakai Xperia beli pakai duit YPJ tapi hilang dicuri orang walhal tak sampai 3 minggu pakai.Dugaaaannnnn..tapi suka sony sebab tu beli Sola time tu.
Plan nak beli Acro S kalau ada rezeki nanti mungkin tolak HTC ke.But no plan yet utk tolak HTC ni.
Kalau org mcm aku memang suka survey dulu pendapat org sebelum beli.Selalu akan search dekat google.And memang bila baca comment kebanyakannya akan ckp keburukan phone tu dulu.So kat situ kita tau lah comment drpd previous buyer yg dah beli phone tu.Tapi ingat tak semua org sama.
And lagi satu kalau ada org cakap phone tu bateri cepat habis.Well apa yg boleh aku cakap kebanyakan smartphone memang cepat habis batteri mungkin sebab die touch screen.So tolak tepi keburukan tu sbb mostly smartphone pun mcm tu.
Setakat ni tak pernah pakai Samsung sebab masa tu semua sibuk pakai samsung so tak suka lah kalau semua sama je kan.Haha.Mesti nak lain drpd yg lain.hehe
Okay kalau ada nak tanya comment jela eh.InsyaAllah kalau ada yg aku dapat tolong,aku tolong lah.Sebab dulu time aku nak cari phone pun memang melilau tanya pendapat orang.Oh itupun kalau korang mcm aku.Hehe
Ok jumpa lagi.Assalamualaikum :*


Sehari di Shah Alam.

Hai Assalamualaikum.Penat betul harini.My family and I went to my cousin's wedding.Meriah gila.Tapi macam biasa tak tahu sangat jalan kat KL,oh meant bahagian Shah Alam,Selangor..Its a part of KL?Oh okay tak.sorry guys..Hehe

Sebab selalu sebut KL je even rumah makcik2 ada yg dekat Kajang,Cheras and Subang Jaya.Haha sampai sekarang aku masih tak dapat asingkan mana KL and mana Selangor and yg berkaitan dengannya.

Okay so dari awal pagi gerak pergi KL around pukul 7 kot baru bertolak.Pukul 11 baru sampai..Sebab weddingnya dekat Dewan Bankuet,Wisma MBSA.ehem tempat Maharaja Lawak Mega tau tu.Hahaha

So berapa kali pusing jalan kat situ sampai naik tension dibuatnya.Tengok map pun tak faham.GPS pun tak dapat membantu.Tapi dengan izin Allah sampai juga kami kat situ.Alhamdulillah.

Datang je terus tolong masukkan telur pindang dlm bekas sebagai.door gift.Oh yg paling excited jumpa semua buah hati.Jumpa baby aneen,baby syahmi,Akif,Alya,Aisy and Nia.Ramai dah anak buah aku.Alahai comel betul mereka ni.

Tapi syg takde pun amek pic sebab memang penat sangat haritu.Lagipun bebudak ni sibuk main lari2,ada yg melalak and ada yg dah sedap beradu.Sampai pukul 4 majlis berakhir dan memang plan nak balik hari.Sebab tu tak bawak baju pun.Tapi memang penat lah duduk kat dalam kereta lebih separuh hari kot.Tapi berbaloi sebab dapat jumpa buah hatiku ;).

Btw Selamat Pengantin Baru too my cousin Dr Farah Hanan and her soulmate Dr Ristiman.May Allah bless both of you always..

Bila agaknya tiba masa saya pulak ek?InsyaAllah andai ada jodoh.Amin :)

Okay got to go.Assalamualaikum

Friday, November 23, 2012

Selidik sesuatu sebelum sebarkan ;)

Assalamualaikum.Salam Jumaat semua.Dah lama rasanya tak update vlog ni..hihi.Nak kata busy tak pun.duduk menanguk je cuti sem ni.Tak keja pun.

Pejam celik pejam celik dah masuk sem baru.Alahaii macam biasa mesti rasa malas nak masuk.Biasa lah baru sedap cuti dah nak masuk balik.Hihi memang tak reti bersyukur betul.

Okay motif post harini takde kaitan dgn sem baru sbb belum masuk lagi.Lagi seminggu nak masuk so tu kita cerita nanti.

Motif harini nak cerita pagi tadi aku baca macam2 kat tweet.Pasal Israel,pasal Gaza,pasal Dajal and pasal kematian.

Ya Allah bila baca semua tu aku jadi takut.Tapi nak ingatkan dekat twitter tu tak semua benda kita boleh percaya.Sampai ada tu ada orang hack cakap dia dah meninggal.dia tu i mean pemilik twitter tu lah.Ya Allah sampai mcm tu sekali.

Semua benda kita boleh share tapi kalau boleh biar dapat bukti yg sahih dulu.Kang tak pasal2 awak kena bash.Saya dah pernah tengok incident bash2 ni..

Sedang aku pun dah pernah kena walaupun takde lah kaitan dengan hal islam cuma hal peribadi.Hal2 Islam ni bahaya sikit kalau kita sebarkan tanpa merujuk mana2.

Sebab apa?sebab tak semua orang ada pendapat and pandangan yg sama.Tapi benda yg baik dan ada bukti tu memang eloklah kita tweet and share.

Jumpa lagi.Semoga kita menjadi muslim yg saling berkongsi.Assalamualaikum.

Sunday, October 21, 2012

Break Time

Alhamdulillah.Semester 3 dah berakhir.The pressure is off.The stress is over.Its time for me to have a great holiday.Cuti sebulan.tak lah lama but cukup lah untuk merasa bosan kat rumah.Err Err.haha

Sem 3.Macam-macam masalah,macam-macam kesusahan,macam-macam ragam,macam-macam perangai.Alhamdulillah.sampai hari ini Allah masih panjangkan umur.Masih bertahan.Syukur.

Harap-harap dah buat terbaik masa Final Exam hari tu.Berserah,berdoa dan bertawakal semoga result kita okay.Amin

Cuti ni plan nak kerja but then macam biasa mana pulak nak cari kerja.Yelah kalau boleh nak dekat-dekat je.Senang nak pergi senang nak balik.Kalau jauh kan susah.Transport lagi,duit makan lagi.Mana mau carik.

Harap-harap cuti dapat digunakan secara bermanfaat.InsyaAllah.

Okay nak joging ni.Jom kurus.Jom sihat.ehehe.Happy holiday guys.


Wednesday, September 26, 2012

Cerita cinta



''Dalam Islam sendiri tidak digalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih''.
-Diana Amir-


Hai Assalamualaikum Hello
Tengok tak quote kat atas tu.Entah kenapa aku rasa interesting sangat :))
Kalau kita cuma bercinta memang tak payah rasanya nak heboh kat orang.Lagi pulak baru 2-3 bulan kenal terus tulis kat stats i love soo much..bila gaduh cakap i hate you.Lagi parah bila clash cakap go away from my life.Haa mula lah nak keluar bahasa2 kesat tu..Astaga..mungkin tak elok bagitau orang sebab kita belum tau lagi adakah dia benar-benar jodoh kita.Kan?Kan kita hanya merancang,Allah yang menentukan :)


Tapi terpulanglah.semua orang ada pendapat masing-masing.Kang cakap ada pulak yg marah,yg terasa,so aku cakap ni untuk mewakili diri aku jugak yg kadang-kadang terlepas bercerita kat orang lain.Rasanya tak perlu kot.Tapi kadang-kadang mengada je.haha..Jangan cakap aku tak buat,aku buatlah tu pasal nak post entry ni moga-moga aku tak buat lagi.InsyaAllah :)

Ramai bebudak sekarang bila tak puas hati je mesti tulis kat stats FB.Eh jangan cakap orang.kadang-kadang aku pun macam tu.Kadang-kadang kita sengaja je nak suruh orang yg kita marah tu baca stats kita.kan?kan?haha

Tapi bila kita fikir balik,kalau orang lain semua taknak dengar masalah kita,kita kan masih ada Allah.Bila marah ambil wudhu' dan sembahyang.InsyaAllah kurang sikit bebanan kita.Eh bukan nak cakap aku baik.Serious aku pun bukan baik.Tapi takpelah buat mengingati diri sendiri dan orang lain kan :)

Moga bermanfaat.Thank you :)





Kat bawah ni ada doa pendekat jodoh :)

Copy paste from : http://kongsibersamanora.blogspot.com/2010/10/doa-pendekat-jodoh.html



Pertama sekali baca surah Al Fatihah dan baca doa ini.

"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya".


Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.
  • Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
  • Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
  • Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HAmengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya  HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)







Monday, September 24, 2012

Mysterious Girl


Hye Assalamualaikum.This is the post just to improve my English.Sorry for the mistakes. :)

I am not an attention seeker.I am who i am.I just don't shared too much with people cause i don't really trust myself to tell them about mine life.Yes it is me.I am a person who obviously have a social skills problems.haha.But hey.please don't judge me when you are only a stranger.I really appreciated that.
Do know me first.I'm love to laughing,talkative,have a little bit crazy attitude and maybe annoying but at the same time i am a shy person,i am mysterious for some people that maybe i haven't get along with.

Having a two personalities maybe?Okay thats all.
I don't really like to show off my boyfriend just like others did.I don't know why but i do love him.I don't know how to show it to the world.But i think he have the same view as me.We don't talked too much about our relationship in our Fb stats.We really a weird couple.Did we? We shared everything together and we still have the chemistry.Alhamdulillah.I always hope and prays to Allah for our long-lasting happy relationship.You are my bestfriend, boyfriend and InsyaAllah my future husband.Thanks for everything b.Thanks for always being there for me :) 

From Mysterious girl,

There's something that i want to say here.


Hye there :)
Ni nak kongsi something sikit.Please,please,please..read this post.
Boleh ek paksa?haha 

I guess there comes a point where you just have to stop trying because it hurts too much.Im trying too hard to be a better person to you but you never change.Kau nampak salah aku tapi tak pernah perasan salah kau.Ape tu?Ingat cool?

Kadang-kadang dalam dunia memang kita akan jumpa orang macam ni.Kita nak elak orang tu,orang lain pulak datang.kita tak nak orang tu,orang lain pulak ada.Memang tak boleh nak elak.Tak boleh ! 

Bukan nak cakap orang.Aku pun keras kepala.Mungkin aku rasa dia macam tu sebab aku pun macam tu.Eh sedih tau.Asal aku yg cakap,dia cakap salah.dia tak nak dengar.dia ego.dia asek nak bantah.Tapi bila orang lain cakap.eh dia dengar.eh dia angguk.eh dia diam.ape tu?ape tu?

Ya Allah aku tau aku salah.Aku terlalu sensitif.Salah ke?Aku ke yg salah?Aku memang sibuk fikir ape pandangan orang pada aku.Aku nak mereka cakap aku baik.Aku tak nak mereka mengumpat aku.EH HELLO !! Dalam dunia ni takde orang sebaik tu tiera.Seriouslyy please lah.Kau hanya untuk diri kau.Im understand myself better than anyone did.

Aku memang forever alone.Aku memang a loner.Okay memang sedih.
Memang terasa.Tapi itu yg aku selesa.Aku takde masalah nak keluar,hang-out sama2 dgn boyfriend and bestfriend aku.Tapi entah kenapa aku ada masalah tu bila dengan mereka.Mungkin terasa awkward lagi.Lagipun aku taknak membazir duit.Habis duit wei keluar.Eh jangan salah sangka semua aku sayang.Kalau takde korang aku pun tak hidup lah kat Melaka tu.

Tapi entah kenapa Sem 3 ni memberi terlalu banyak pressure.
Aku berharap dapat luah kat seseorang.Tapi taktau sape.Mungkin aku terlalu fikirkan benda yg langsung orang lain tak de masa nak fikir.Benda remeh-temeh yg serious kalau korang tau memang kelakar and susah nak percaya.But i don't like my surroundings there.Tak tau ape?orang ke.study ke.duit ke.makanan ke.taktau apa.

Kadang-kadang rasa macam ada masalah dengan diri sendiri pun ada gak..haha.
Takpe lah.masalah tu tanda kehidupan.Lagi banyak masalah insyaAllah makin hidup jiwa kita.Masalah kan tanda Allah sedang menguji.So anggap semua orang yg hadir dalam hidup awak memberi seribu satu keajaiban dalam diri awak.Bersabar lah dengan sikap manusia.Mereka tak lepas dari kesalahan.Ya senang nak cakap.susah nak praktik.Tapi saya tak main cakap jelah,saya mengalaminya.So jom sama-sama kita  bersabar.Sabar itu separuh dari iman.

I'll see you soon.Thanks for reading this.


Lyric of the week.

Assalamualaikum kelip-kelips.
Minggu ni act study week tapi aku masih dok menghadap laptop ni ha..Adoiyai
Bila nak start baca buku yg dah bertimbun tu.InsyaAllah sempat-sempat.Hari ni juga aku akan usaha mati-matian (padahal kejap lagi nak ngedate).


Saje je nak post entry yg agak merepek hari ni.hey korang..sedih tak bila dengar lirik lagu Malique and Black yg bertajuk Teman Pengganti tu.Sedih wei.Nape agaknya dia buat lirik sesedih macam tu..maaflah aku memang ketinggalan sikit.hehe


Lagu tu dah tak famous lagi eh?Ok fine takpe yg penting lagu tu masih jadi favourite dekat playlist aku setakat ni.lalalalala...eh lirik tak?tak nak?tak pe aku nak bagi jugak.NAH..

Btw I do adore you Malique :) 





Got to go babe.Tata

The day that i will never forget ❤








Hellothere !
Sihat tak?Okay Alhamdulillah.Eh dah pukul 4.15 a.m but i masih tak tido lagi.Woah..study ke cik kak oii.
Haha jawapannya TAK.tak nampak ke tengah update blog yg dah bertaun tak update.MasyaAllah.
Busy kemain.Eceh..

Nak tau tak tadi kita pegi dating dengan girlfriends kita.Haha jealous much.ape ke gedik sangat ayat aku ni.haha
Kesedihan melampau sebab dia akan fly jauh nun di Alexanderiah,Mesir sana sambung dentist pulak.wowowwow !
Sedih babe.Takpe2 taun depan InsyaAllah jumpa lagi.
Alhamdulillah aku tak sangka masih akan ada kawan kate BP ni..haha ayat ape tu.
Sebab sejak2 duduk Lenduan ni geng2 Tigs-ian dah lama tak lepak sama2..Semua buat hal sendiri.Jauh2 pulak study.

Okay post entry kali ni utk Syakirah a.k.a Shark.Tapi dah melalut tempat lain pulak.hehe
Rindu nak dengar Shark marah kita.dah mcm akak kita pulak..Tapi comel kan.Serious kita tak pernah sangka yg kita akan kekal berkawan sampai sekarang.Alhamdulillah.

To my dearest friend,Syakirah Hamdan..
All the best Shark.Kita sedih sebenarnya.tapi kita tak tunjuk.Malu >.<
Tapi kita bersyukur ada kawan macam awak.Selalu tolong amek kita kalau nak hang-out dengan mereka2.hehe
Gelak sama-sama.Hang-out sama-sama.Borak sama-sama.
But don't worry.Kita akan jumpa lagi kan.?So kita pun malas nak emotion lebih pulak pepagi buta ni..huhu
Ya Allah kekalkan lah perhubungan kami di dunia mahupun akhirat.Amin
Bila balik Malaysia jom keluar sama-sama lagi okay..
Im gonna miss you shark ❤❤❤

You never know how much your friend really means to you until they have to say goodbye and leave you :') I wish you have a safe and healthy journey! I’ll keep you in my prayers,InsyaAllah :) All the best Shark.

Cc : Syakirah Hamdan.Gonna miss you the only sepet shark T.T
Until we meet again!
❤❤❤


Love,




Kerinduan melampau !

Hey its me.kbai

Assalamualaikum  (。◕‿◕。)

Hye kelip-kelips 

Dah lama kita tak jumpa kan..hehe

Ya Allah dah lamanye tak menaip.Rindu oh Rindu.
And aku pulak jenis orang yg cepat bosan dengan social networking ni.Dulu active FB tapi bosan jugak.Go on with twitter and bosan jugak.Macam blog lah.

Nak menaip something kena ada mood.Bila dah ada mood takde modal pulak nak cerita ape.Mana boleh hentam je.haissshhh..

Tak kisah la kalau takde orang baca pun.Cheh awal2 dulu pun cakap macam ni.Sampai la ni pun takde orang baca.

Aku yg tak reti promote kot ataupun memang storymory aku yg tak best.HAHA
takpe lah..Asal aku tulis something yg berfaedah.Tak salah pun guna blog untuk share something mcm yg mereka2 ni selalu buat.
Ape lah sedih sangat ayat den ni.

Okay lah.Nak pergi bersedih.haha

Xoxo,



Tuesday, June 12, 2012

The starter of Sem 3 :)




Hai Assalamualaikum

Hello peeps.Macam ne first class?lec ok?kawan-kawan ok?roomate ok?


Haha..saja tanya.since I da masuk Part 3 & I rasa macam dah seniorrrr :P

Ok fine separa senior but still mt junior tak kenal aku..Yelah aku bukan retis macam daiyan trisha tuuuu :)


This sem I dapat roomate lama but ada tambah roomate cause bilik I memang last sem 2 orang je yang ada..berhantuu la teww abes orang tak nak masuk..wakaka

Dah dua sem duduk dengan orang lain class & ada yg different course & culture.memang seronoklah sebab dapat tau macam mana bahasa dia..lagi syok dulu ada kakak bilik aku orang kedah & membe dia terengganu..serious best dengar bebelan dieorang :)

But now sem ni membe I dapat kolej yg nun jauh atas bukit tu so dia stay bilik I & maybe dapat terus lah sebab bilik tu memang 3 orang je.So kena adapt dengan the new situation lah..everything happen for a reason kan :))

Ok dah banyak membebel pasal kolej.So sambung pulak dengan class hari first tadi.Tadi ada 3 class : Class Akaun, class Computer & Class English.

Lec so far so good.Ala baru first day kot.Bagi la can dulu kan..haha

Dah habis dah pasal class.

Lepas habis I ngan membe pergi berjoli kat Jusco yg dekat dengan Melaka Central tu.Plan nak beli kasut untuk satu majlis tu tapi nanti2 jelaa..


Lama lagi pun benda tadi.Hari first biasalah kecoh betol.Lepas ni mesti dah takde masa nak update segala bagai ni..

I'll see u again

Xoxo,
 

:)

Selamat berkenalan :D


P/s : untuk adik-adik Part 1.Jom senyum dengan akak..eh?!? Haha :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

Kehilangan :(

Hi Assalamualaikum

Patutnya dah tidur dah time-time macam ni..Yela sebab saya belum tido ni yang saya wat post baru ni..haha


Esok saya akan balik Melaka.Hati rasa ofcoz lah sedih..Entah macam mana bole teringat dekat seorang sepupu aku.

Ya Allah , tak payah cakap lah.Bila teringat dia mesti meleleh air mata.Kalau dia pergi luar negara ke at least kita boleh jumpa lagi tapi arwah dah pergi meninggalkan kami pada awal tahun 2012 ni..

Arwah meninggal waktu subuh anda masa tu I kat Melaka lagi.Siap-siap nak pergi class then got a call from my mother.Masa tu xlah nangis because ada kakak senior tu pun tengah bersiap nak pergi class so takkan nak nangis pulak.Pelik pulak dia nanti.

Masa tu mungkin aku tak percaya lagi sebab tu aku berlagak cool and bercadang tak nak balik Kluang.Lagipun ada quiz & aku pun tak pernah ponteng class tu yg awkward sikit..

Then suddenly got called from Mak Long suruh balik tengok arwah & masa tu I tersedar yg I patot balik.Dah lama tak jumpa arwah tiba-tiba dia dah takde..Mama ada send mesej yg bagitahu Arwah dekat HSA,JB time tu dan memang ada plan nak kol tapi takde rezeki kot nak kol dia..

Banyak cerita kalau nak sambung.But now I really miss her.I selalu berharap dia tenang di alam sana.Allah lebih sayangkan dia kan..

Ya Allah, arwah sangat baik.Arwah tinggal dengan ibu bapanya or we called them ibu & pak long..Kalau ada orang datang,she is the one yang akan siapkan semuanya..siapkan makanan sampai lah ke tempat tidur.

Owh hari arwah menghembuskan nafas terakhir ibu & pak long lah paling sedih.Lagipun sejak kecil arwah memang tak pernah tinggal berjauhan daripada family & arwah pun cuma ada seorang adik..

Setiap hari lepas pemergian arwah,,ibu & pak long mesti menziarahi kubur arwah.Mereka sentiasa mendoakan anak mereka agar tergolong dalam orang2 yg beriman..Amin

Along,i hope u see this.I miss you sangat.and mana tahu yg Along akan pergi tinggalkan kami..Ibu rindukan Along & hakikat sebenar memang tak boleh diubah kan.

Sampai sekarang tiera masih tak percaya Along dah takde.And tiera tak sempat pun tengok jenazah Along.Tengok2 je dah ada batu nisan..Sori tiera tak sempat jumpa Along,Abg Nizam bawak kereta lambat sangat..


I miss you Along.

Al Fatihah

Shahruniza binti Haji Abd Rahim

(14041973-09012012)


The one who always keeping her in my prayers,InsyaAllah



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

They're pretty :D




Meeting them.oh rindu :)

They are my bestfriend.Dah kenal since Form 1 and Alhamdulillah still contact sampai sekarang.


Act,dah lama tak jumpa sebab semua bz bagai.Ni pun jumpa sekejap je.Happy lah sebab memang asek gelak je dengan mereka :D

Rakan bergosip.Yes mereka lah.Sekarang semua dah ada life masing-masing & belajar pun dah jauh2.

Piqa kat Matrik but dah habis and tak tau lah dapat degree kat mana.While Mira studies kat UiTM Dungun Terengganu.Dip macam aku jugak :D

Yang lain pun dah jauh.Sedih lah dah tak macam masa sekolah..Sekarang dah tak selalu jumpa and yg annoyingnya kadang-kadang rasa sedih bila kita tak dipedulikan..haha

Btw,i love u guys :D

Kita tetap kawan sampai Jannah & insyaAllah saya selalu doakan yg terbaik untuk kawan2 yg jauh dekat rapat tak rapat dan sebagainya.


Xoxo,

Diana Athirah :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

I miss you XD

Tak faham ape function muka ni sebenarnya.Haha !

Halloo.Assalamualaikum..

Dah lama.dah lama.dah lama tak hupdate blog..

Might be have no idea.LOL


Currently busy bertwitter ai maklumlah saya budak jakun..wink wink :')

Already nak masuk Sem 3 dan saya rasa cuak.Alhamdulillah my result untuk Sem 2 boleh lah tahan.Not sooo good but still ok.maybe XD

Dah about 6 month tak hupdate vlog ni.Walaupun nobody reads it tapi bila siap hupdate rasa nak senyum sampai telinga :)

Tomorrow nak balik Melaka dah.sooo sad :(

But live must go on.Yes !

Hidup di Melaka not so bad kan.So be focus and study leklok.

Tak susah nak senang,tak senang nak senang.ehh? Ayat apa tu,Haha XP


Next post I story bout my driving school punya experience.Will see u guys again then.

Xoxo,

DIANA ATHIRAH


Published with Blogger-droid v2.0.4