Search This Blog

Thursday, November 29, 2012

Bila dipinggir dan tersisih.

Hai Assalamualaikum
Semangat nak naik Sem 4 ? YA !
Semangat nak jumpa lecturer baru ? YA !
Semangat nak balik Lendu ? TIDAK !
Haha okay post ni serious takde kena mengena dgn semangat di atas.Cuma nak cerita sikit lah pasal semangat ni.Kalau semangat ni takde kita pun tak kuat nak tempuhi hidup.Kita pun taklah sekuat yg disangka.
Kadang-kadang aku sebagai manusia biasa selalu rasa tersisih.Selalu rasa terpinggir.Tak kisah lah dalam perhubungan yg macam mana sekali pun.Dan aku pun tak tahu adakah aku yg sendiri rasa macam tu or memang sebenarnya orang2 tu memang pinggirkan aku?
Ya separuh jawapan kepada soalan tu ialah diri aku sendiri.Aku selalu prasangka pada orang.Selalu mengata di belakang orang.Selalu nak dihargai orang.Sedar tak sedar tu dah masuk dalam sifat mazmumah,perkara yg dibenci Allah.Masya Allah..
Kdg2 aku selalu rasa macam tu bila dengan kawan-kawan or even dalam FB or Twitter.Kita nampak dia tweet tapi dia tak reply tweet kita.Kita like gambar dia tapi dia tak like gambar kita.Kita RT tweet dia tapi dia tak pernah RT tweet kita.Kita like status dia tapi tak pernah sekali dia like status kita.
Apa yg kita cari sebenarnya?Ya jawapannya aku selalu rasa tersisih pada benda sekecil zarah.Orang tu boleh je reply tweet orang lain tapi tak pernah nak reply tweet kita.Orang tu boleh je cakap baik2 dgn orang lain tapi bila dengan kita cakap mcm nak tak nak.
Ya Allah sedih kan macam tu.Kdg2 aku cuma nak berbaik,ambil berat tp kdg2 bila sebelah pihak je yg buat benda tu takkan jadi.Last2 sebelah pihak tu pun surrender taknak buat lagi.Betul tak?
Mcm bila bercinta laa.Kalau sebelah pihak je yg cakap syg sedangkan sebelah pihak lagi diam seribu bahasa.Lama2 pihak yg syg tu pun tak mustahil akan pergi kpd orang yg boleh membalas tepukan tangan dia tadi.
Rasa mcm kita pulak terhegeh2 nak berbaik dengan dia.Nanti org lain pulak cakap annoying.
Penyelesaian nya satu je..Kalau kita tak buat org,Insya Allah dgn izin Allah org lain pun tak buat kita.Tapi kdg2 aku pun cakap 'Tapi mana aku pernah buat orang.Aku like je status die.Aku RT je tweet die.Aku reply je tweet dia.' Entahlah.Kita berserah dan mengadu pada Allah.
Jangan jadikan hal kecik ni hitamkan hati kita.Ingat tu tiera.Note to myself.Hidup ini singkat.Akanku cuba nikmatinya.Sekadar berkongsi. ;)
Assalamualaikum.



Wednesday, November 28, 2012

Bila hati disakiti

Assalamualaikum :)
Oh saya memang suka letak smiley.Comelkan?Hihi..Eh mcm pelik pulak guna saya haha tapi kena guna utk sesuaikan dengan ayat kat atas tu.
Okay pernah tak awak,awak dan awak disakiti?Ya Allah kalau tak pernah alangkah untung nya.
Bila kita sakit hati.Apa agaknya kita buat?Apa agaknya kita respond?Well secara tak langsung kita dah tunjukkan 50% personaliti diri kita kat situ.
Zaman tech sekarang sakit hati bukan setakat depan2 siap tweet lagi.Siap update status cakap kita sakit hati.Ya aku mengaku aku pun pernah buat.Kat FB tu takde lah sebab mcm ramai gila cousin2 pakcik makcik aku kat situ.Setakat kat tweet tu adalah.
Kalau aku marah selalunya badan aku akan mengigil bukan sebab marah kdg2 sebab kita takut.Pernah sekali tu ada classmate aku salah faham,dia ingat tweet tu utk dia dan dia pulak memang jenis outspoken so memang kena hentam aku.
Alahai aku ni nampak je rock,ganas bagai tapi aku ni kaki leleh.Senang kata memang gembeng lah.Masa tu memang rasa nak menangis je.Dah menggigil badan aku.Satu je aku fikir mcm mana aku nak bertegur dengan dia lepas ni.
Nasib baik kami bukan kawan rapat dlm class tu so mcm tak jadi hal besar sgt lah.Bila kena macam tu satu je yg aku tak tahan ialah aku mesti rasa bersalah kat diri sendiri and mula salahkan diri sendiri.Even mungkin org lain kata relax tak pape.Semua orang dah pernah kena.
Tapi bagi aku benda tu selalu kacau hati dan perasaan aku.Alhamdulillah sekarang memang kami bertegur dan aku pun dah maafkan dieorang dan aku pun harap mereka maafkan aku.Tapi aku memang tak lupa mcm mana perasaan aku masatu.Aku rasa sedih sangat sebab mungkin aku terlalu nak orang jangan salah faham tentang aku.Lagipun selama aku hidup tulah satu2 benda yg aku rasa pernah jadi dlm hidup aku.
Dan aku rasa Allah sedang menguji aku time tu.Mungkin nak suruh aku kuatkan semangat,kuatkan mentaliti bahawa tak semua orang boleh terima kita dan pasti ada halangan kat mana2.Tu baru dalam kampus belum di alam pekerjaan lagi belum kat dunia luar lagi.
Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya.
Post ni bukanlah nak burukkan siapa2 cuma sekadar berkongsi.
;)
Assalamualaikum.


Aku nak minta maaf andai aku ada salah silap semua okay.Maafkan lah aku dan halalkan segalanya.Mana lah kita tahu panjang pendek usia kita.

Mengadu pada Allah :)

Hai Assalamualaikum.
Okay got idea entah dari mana tapi just nak post something.
Pernah tak kadang2 kita tahu satu benda tu tapi kita takut nak bagitahu orang.Ok kat sini je dah boleh ada banyak maksud.
Contoh lah,lec tanya siapa tau jawapan nya?Kita tau or maybe macam ala2 tau lah walhal tak sure lagi jawapannya and kita cakap slow je but bila kawan kita ambil jawapan kita and cakap2 kuat and mungkin memang rezeki dia so jawapan yg dia curi drpd kita tu betul pulak.Tak pasal2 dia dapat penghargaan dari lec..Kan untung kat situ?
Kita yg makan hati sebab menyesal tak jawab dengan kuat.Haha takpelah kalau awak tak jawab pun yg pasti awak tau.
Kang orang ada cakap kdg2 orang yg tau ni dia diam2 je orang yg buat2 tau ni yg selalu bising.Tapi salah jugak kan?Kalau kita tau kdg2 kita kena bising jugak bagitau orang lain so mereka pun tau sama.Betul tak?
Terpulang lah kan.Hak masing2.Kita sibuk nak cari penghargaan dari manusia tapi dari Allah kita lupa.MasyaAllah.Aku baru sedar yg selama ni aku selalu sibuk nak manusia puji and at least appreciate apa yg aku buat sedangkan Allah sentiasa hargai diri kita.
Kalau ada yg tiru ke copy paste ayat kita ke,biarlah dia.Kita fikir positif jela.Mengadu pada Allah sebab antara manusia tu pun kdg2 tak semua kita boleh selesaikan dgn bertemu muka.Hati kan lain2.Yang pasti jangan dendam.
Aku pun seorang penyimpan tapi Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi aku meletop.Orang selalu kata kalau kita selalu pendam mungkin benda tu tak elok.Ya memang aku setuju.
Tapi cara selesaikan masalah secara face to face to aku tak pernah buat lagi sebab aku takut utk bagitahu kat org tu and takot org tu tersinggung pulak.So aku mengadu kat Allah.Insya Allah semuanya ok lepas tu.Amin.
Ok tu je.Insya Allah sambung post lain.Mana yg kurang tu sori lah ea.hihi
Im trying to become a better muslim.Amin :)

Sunday, November 25, 2012

Lirik Adamu by Najwa Latif.

Asalamualaikum.Hai.hehe
Saja nak share lirik Adamu by Najwa Latif.
I do miss TIGS :) Okay takde kaitan.Soo nahhh.
Even lagu ni dah lama act tapi lirik dia betul2 bagi semangat kat aku.
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Go Bprian.Go TIGS.Go Najwa Latif :*


Tips beli Phone (Y)

Assalamualaikum.Haiii.Sekarang post pun dah pakai apps dekat android tau.Malas lah pakai laptop lagi..leceh nak bukak lg tp memang lah feature dlm phone ni macam kurang sikit berbanding yg web version punya but still the best lah.
Rasa dulu google mcm tak buat apps ni tau,other developer yg buat but then maybe google team rasa blogger ni mcm berkait dengan google and die buat lah jugak.But still aku lagi suka yg made by google team ni.
Hah.nak post pasal guide untuk beli handphone lah.But not a tips pun sebab mostly orang pun dah tau.Cuma nak share my opinion je.
Aku bukanlah pengumpul handphone sebab masih dlm tanggungan lagi cuma aku suka beli buku phone and dari situ banyak jugak aku tau dia punya spesifikasi.
Dulu aku minat gila dengan Sony Ericsson.Even cuma 3.2 mp camera dia still power siap cybershop.Memang clear habis kalau nak amek pic tu.Sound system dia pun best.
And sampai sekarang still pakai Nokia utk second phone tu pun yg slide lama lah.Tak minat sangat Nokia touch ni sebab mcm tak menarik hati.Well setiap org lain2 kan.
Now currently pakai HTC.Okay mostly menarik and best.Tapi android.selagi os dia android so tak lah beza mcm phone android lain.
Oh pernah pakai Xperia beli pakai duit YPJ tapi hilang dicuri orang walhal tak sampai 3 minggu pakai.Dugaaaannnnn..tapi suka sony sebab tu beli Sola time tu.
Plan nak beli Acro S kalau ada rezeki nanti mungkin tolak HTC ke.But no plan yet utk tolak HTC ni.
Kalau org mcm aku memang suka survey dulu pendapat org sebelum beli.Selalu akan search dekat google.And memang bila baca comment kebanyakannya akan ckp keburukan phone tu dulu.So kat situ kita tau lah comment drpd previous buyer yg dah beli phone tu.Tapi ingat tak semua org sama.
And lagi satu kalau ada org cakap phone tu bateri cepat habis.Well apa yg boleh aku cakap kebanyakan smartphone memang cepat habis batteri mungkin sebab die touch screen.So tolak tepi keburukan tu sbb mostly smartphone pun mcm tu.
Setakat ni tak pernah pakai Samsung sebab masa tu semua sibuk pakai samsung so tak suka lah kalau semua sama je kan.Haha.Mesti nak lain drpd yg lain.hehe
Okay kalau ada nak tanya comment jela eh.InsyaAllah kalau ada yg aku dapat tolong,aku tolong lah.Sebab dulu time aku nak cari phone pun memang melilau tanya pendapat orang.Oh itupun kalau korang mcm aku.Hehe
Ok jumpa lagi.Assalamualaikum :*


Sehari di Shah Alam.

Hai Assalamualaikum.Penat betul harini.My family and I went to my cousin's wedding.Meriah gila.Tapi macam biasa tak tahu sangat jalan kat KL,oh meant bahagian Shah Alam,Selangor..Its a part of KL?Oh okay tak.sorry guys..Hehe

Sebab selalu sebut KL je even rumah makcik2 ada yg dekat Kajang,Cheras and Subang Jaya.Haha sampai sekarang aku masih tak dapat asingkan mana KL and mana Selangor and yg berkaitan dengannya.

Okay so dari awal pagi gerak pergi KL around pukul 7 kot baru bertolak.Pukul 11 baru sampai..Sebab weddingnya dekat Dewan Bankuet,Wisma MBSA.ehem tempat Maharaja Lawak Mega tau tu.Hahaha

So berapa kali pusing jalan kat situ sampai naik tension dibuatnya.Tengok map pun tak faham.GPS pun tak dapat membantu.Tapi dengan izin Allah sampai juga kami kat situ.Alhamdulillah.

Datang je terus tolong masukkan telur pindang dlm bekas sebagai.door gift.Oh yg paling excited jumpa semua buah hati.Jumpa baby aneen,baby syahmi,Akif,Alya,Aisy and Nia.Ramai dah anak buah aku.Alahai comel betul mereka ni.

Tapi syg takde pun amek pic sebab memang penat sangat haritu.Lagipun bebudak ni sibuk main lari2,ada yg melalak and ada yg dah sedap beradu.Sampai pukul 4 majlis berakhir dan memang plan nak balik hari.Sebab tu tak bawak baju pun.Tapi memang penat lah duduk kat dalam kereta lebih separuh hari kot.Tapi berbaloi sebab dapat jumpa buah hatiku ;).

Btw Selamat Pengantin Baru too my cousin Dr Farah Hanan and her soulmate Dr Ristiman.May Allah bless both of you always..

Bila agaknya tiba masa saya pulak ek?InsyaAllah andai ada jodoh.Amin :)

Okay got to go.Assalamualaikum

Friday, November 23, 2012

Selidik sesuatu sebelum sebarkan ;)

Assalamualaikum.Salam Jumaat semua.Dah lama rasanya tak update vlog ni..hihi.Nak kata busy tak pun.duduk menanguk je cuti sem ni.Tak keja pun.

Pejam celik pejam celik dah masuk sem baru.Alahaii macam biasa mesti rasa malas nak masuk.Biasa lah baru sedap cuti dah nak masuk balik.Hihi memang tak reti bersyukur betul.

Okay motif post harini takde kaitan dgn sem baru sbb belum masuk lagi.Lagi seminggu nak masuk so tu kita cerita nanti.

Motif harini nak cerita pagi tadi aku baca macam2 kat tweet.Pasal Israel,pasal Gaza,pasal Dajal and pasal kematian.

Ya Allah bila baca semua tu aku jadi takut.Tapi nak ingatkan dekat twitter tu tak semua benda kita boleh percaya.Sampai ada tu ada orang hack cakap dia dah meninggal.dia tu i mean pemilik twitter tu lah.Ya Allah sampai mcm tu sekali.

Semua benda kita boleh share tapi kalau boleh biar dapat bukti yg sahih dulu.Kang tak pasal2 awak kena bash.Saya dah pernah tengok incident bash2 ni..

Sedang aku pun dah pernah kena walaupun takde lah kaitan dengan hal islam cuma hal peribadi.Hal2 Islam ni bahaya sikit kalau kita sebarkan tanpa merujuk mana2.

Sebab apa?sebab tak semua orang ada pendapat and pandangan yg sama.Tapi benda yg baik dan ada bukti tu memang eloklah kita tweet and share.

Jumpa lagi.Semoga kita menjadi muslim yg saling berkongsi.Assalamualaikum.